Home‎ > ‎

Syarat Khusus Kemasukan

Syarat-syarat khusus kemasukan Program Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Elektrik:
  1. Memperolehi keputusan CPA > = 3.3 (Lepasan Diploma Politeknik dan IPTS) dan CPA>= 2.70 (Lepasan Diploma IPTA).

  2. Memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan yang setara dengan bidang kejuruteraan Elektrik. Diploma Teknologi Elektrik atau Diploma Pemasangan Elektrik & Elektronik adalah TIDAK SETARA untuk kemasukan Program Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Elektrik, UTM.

  3. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik di peringkat SPM. Kepujian dalam Fizik dan Matematik Tambahan (Add Maths) diberi keutamaan.

  4. Memiliki pengalaman bekerja dalam bidang kejuruteraan Elektrik sekurang-kurangnya 3 tahun selepas memperolehi Diploma.

  5. Jika sekiranya kuota kemasukan masih ada, pengalaman bekerja di bidang kejuruteraan elektrik kurang daripada 3 tahun dan lebih dari setahun, boleh dipertimbangkan di samping memenuhi syarat dalam perkara (1), (2) dan (3) di atas.

Permohonan berjaya akan ditentukan oleh Panel Penilai FKE. Kriteria pemilihan adalah yang TERBAIK daripada calon yang memenuhi semua syarat di atas.
Comments