A) PERATURAN PENDAFTARAN KURSUS SECARA
ON-LINE
Tindakan yang perlu diambil oleh pelajar semasa membuat
pendaftaran kursus secara on-line.
- Bagi
pendaftaran kursus yang mempunyai
pra-syarat, pelajar mesti telah selesai
mengambil (telah LULUS) kursus pra-syarat berkenaan.
- Pelajar yang ingin mendaftar kursus tahun 4, hendaklah telah selesai (LULUS) semua kursus di tahun 1, 2 dan 3, dan bagi
pelajar yang ingin mendaftar kursus
tahun 3, pastikan pelajar telah
selesai (LULUS) semua kursus di tahun 1 dan 2.
- Pelajar yang ingin mendaftar Projek Sarjana Muda I (PSM 1), hendaklah
memperolehi jumlah kredit dapat
(Jumlah Kredit Dapat (JKD) + Jumlah Kredit Kecuali (JKC)) sekurang-kurangnya 95 kredit. Bagi pendaftaran Projek Sarjana Muda II (PSM 2), pastikan pelajar telah LULUS PSM 1.
- Pelajar yang ingin mendaftar Kursus Elektif, pastikan pelajar berkenaan telah
memperolehi jumlah kredit dapat
(Jumlah Kredit Dapat (JKD) + Jumlah Kredit Kecuali (JKC)) sekurang-kurangnya 95 kredit, dan selesai semua kursus Tahun 1, 2 dan 3.
- Pelajar
yang ingin mendaftar kursus Makmal Tahun
4 (Capstone Project), hendaklah LULUS semua kursus
Makmal Tahun 2 & 3. Untuk pendaftaran
kursus Makmal Tahun 3, pastikan pelajar LULUS semua kursus Makmal Tahun 2.
Kegagalan pelajar mematuhi peraturan di
atas, akan menyebabkan permohonan pendaftaran on-line akan DITOLAK.
B) PERMOHONAN PENDAFTARAN KURSUS LEBIH DARI 10 KREDIT (untuk kurikulum 129 kredit, 136 kredit dan 137 kredit)
- Permohonan tambahan kredit (11-12 kredit) HANYA dilbenarkan oleh FKE untuk kes-kes
tertentu sahaja, seperti pelajar berada di semester akhir atau dua
semester akhir dengan kredit SUDAH DAPAT lebih daripada 110 kredit.
- Permohonan tambahan kredit hanya dibenarkan SEKALI SAHAJA, dan keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat CPA > 2.7 sahaja.
C) PENGECUALIAN KREDIT (CE) & PERPINDAHAN CREDIT (CT)
Permohonan pengecualian hendaklah dibuat pada awal pengajian (selewat-lewatnya pada semester pertama pengajian). Kelewatan membuat pengecualian kredit akan menyebabkan anda menghadapi masalah untuk mendaftar kursus/subjek baharu. Pelajar yang TIDAK MEMBUAT PERMOHONAN pengecualian kredit, dikehendaki mendaftar kursus/subjek berkenaan dan mengambil kuliah sepertimana kursus/subjek lain.
D) PEPERIKSAAN MUET
- Pelajar dikehendaki mengambil MUET sebagai syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Pelajar-pelajar yang masih belum mengambil MUET dikehendaki segera untuk mengambilnya dalam tempoh pengajian mereka.
- Bagi kemasukan mulai Sx2016, pelajar hendaklah mempunyai sijil MUET dengan sekurang-kurangnya band 2 selewat-lewatnya pada semester ke-4.
|
|